Bahasa Malaysia Tahun 2

SINOPSIS

Tujuan laman web blog ini diwujudkan untuk berkongsi maklumat dengan orang ramai dan berharap membantu guru Bahasa Malaysia.

Tuesday 31 May 2011

Latihan Kata Penguat

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

sungguh / sangat / amat / paling

1. Kereta api itu ______________________ laju.

2. Suhu di kawasan kutup _______________________ sejuk.

3. Murid yang ___________________ pintar di sekolah ialah Lamin.

4. Pemanndangan di tepi pantai itu ___________________ indah.



Berusaha................. Jawab soalan ....

Kata Penguat


Kata Penguat
 
1.     Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2.     Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
Paling Agak Sungguh Amat
Terlalu Nian Benar Paling
3.     Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4.     Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
5.     Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
1.     Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2.     Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3.     Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
4.     Kereta api itu sangat laju.
5.     Kereta itu laju sangat.
Kata Penegas
Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.
Contoh
-kah -lah -tah jua
Juga Sahaja Hanya Memang
Lagi pun    
Contoh
1.     Itulah rumah saya.
2.     Pernahkah awak makan sup daging arnab.

Kata Pemari


 
Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh ayat
Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
Rojak ialah makanan kegemaran saya.
Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

Kata Perintah

Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya.
contoh
Jangan Sila tolong Harap
usah jemput Minta  
Contoh ayat
1.     Jangan tolak meja itu ke situ.
2.     Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
3.     Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.

Monday 30 May 2011

Morfologi

klik here
clik here

Tanda baca

Kamu tahu siapa saya. Tekalah ........Tengok saya dalam website ini, barulah kamu mengetahui siapakah saya.....




Kata hubung

Kata Hubung
Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.
Kata Hubung Gabungan
 

 


Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung
gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama
taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut
ayat majmuk gabungan.
Contoh:
1. Dia membuka almari lalu mengambil bajunya.
2. Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.
  Kata Hubung Pancangan 



Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat
kecil.
         Ayat utama                     Ayat Kecil1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ]
2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.
3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.
  Menurut Tatabahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :240), kata hubung
pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau
klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi
kepada tiga jenis, iaitu:
1. Kata hubung pancangan relatif
2. Kata hubung pancangan komplemen

Perkataan Galakkan

Kita haruslah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang kita dihadapai.......

Kata ganda

Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada  
sebahagian atau seluruhnya.
Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada 
bahagian-bahagian tertentu dalam 
perkataan tersebut.
          Kata ganda terdiri daripada:
          (a) kata ganda seluruh;
          (b) kata ganda semu;
          (c) kata ganda separa;
          (d) kata ganda bersajak atau berima;
          (e) kata ganda berimbuhan.
3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling
Gandaan Seluruh Kata
Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1.       Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2.       Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3.       Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
 Contoh : 
Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif /sifat
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat
 
sama ada sebahagian atau seluruhnya.
2.       Kata ganda terdiri daripada:
          (a) kata ganda seluruh;
          (b) kata ganda semu;
          (c) kata ganda separa;
          (d) kata ganda bersajak atau berima;
          (e) kata ganda berimbuhan.
Kata Ganda Seluruh
1.       Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2.       Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3.       Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
Senarai Kata Ganda Seluruh
alat-alat awal-awal baik-baik benar-benar besar-besar budak-budak cacing-cacing cepat-cepat curam-curam dalam-dalam daun-daun dekat-dekat elok-elok erat-erat gajah-gajah gemuk-gemuk hampir-hampir hitam-hitam ibu-ibu jarang-jarang jari-jari kadang-kadang kasar-kasar kereta-kereta lazat-lazat lembu-lembu lembut-lembut nakal-nakal nanas-nanas nyaris-nyaris pagi-pagi putih-putih
1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan
2 Kata Ganda Semu
1.       Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
3.       Kata ganda semu terdiri daripada kata name.
Senarai Kata Ganda Semu
agaragar analanal angkutangkut antinganting biribiri bulibull dekakdekak epokepok gulagula jemputjemput jentikjentik kanakkanak kisikisi kunangkunang
kudakuda kupukupu kurakura labahlabah layanglayang oleholeh ondeonde panjipanji pijatpijat ramarams sumpahsumpah ubunubun umangumang undangundang
3 Kata Ganda Separa
1.       Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima
2.       Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Senarai Kata Ganda Separa
bebawang
gegendang
geguli
jejari
lelangit
lelayang pepejal pepijat pepenjuru rerambut sesiku sesungut tetamu tetangga
4 Kata Ganda Bersajak/Berima
1.       Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
(a)      persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.
Persamaan Bunyi
di Pangkal
Persamaan Bunyi
di Hujung
Penyesuaian bunyi
Seluruhnya
batu-batan anak-pinak bolak-batik
beli-belah calar-balar compang-camping
bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik
corat-coret comot-momot gopoh-gapah
degap-degup gotong-royong gunung-ganang
dentam-dentum karut-marut haru-biru
desas-Jesus kaya-raya huru-hara
gembar-gembur kuih-muih huyung-hayang
gerak-geri pindah-randah kacau-bilau
Gandaan Separa  Separuh
1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.
Contohnya :
lelaki bebola lelabah pepohon jejari
kekuda jejentik kekabu dedaun kekisi
Gandaan Berirama
1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contoh :
lauk-pauk batu-bata saudara-mara bukit-bukau kacau-bilau
tunggang-langgang tanah-tanih semak-samun bengkang-bengkok gelap-gelita
Gandaan Menyalin
1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
contoh :
tahu-menahu tolong-menolong jahit-menjahit tarik-menarik kejar-mengejar
sulam-menyulam tawar-menawar kata-mengata sepak-menyepak karang-mengarang
tari-menari tangis-menangis rampas-merampas tumbuk-menumbuk simpan-menyimpan
Ayat Perintah
Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan. Kaji contoh berikut:
 
Jenis perintah
Kata perintah
Contoh penggunaan
Larangan
Jangan, usah
Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah komunis.
 
Usah pergi ke sungai yang dalam airnya.
Silaan
Sila, jemput
Sila menjamu selera.
 
Jemput ke rumah saya malam esok, ada kenduri kawin
Permintaan
Tolong, minta
Tolong jangan cemarkan nama baik diri sendiri.
 
Minta bersihkan meja awak. 

Berusaha ...........

Kita harus belajar dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan yang cemerlang. Berusaha untuk semua orang yang disayangi.....
Kata nama am dan kata nama khas

Kata adjektif

JENIS-JENIS KATA ADJEKTIF


Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, tetapi berdasar kriteria makna, kata adjektif dapat dibahagikan sekurang-kurangnya sembilan (9) kriteria, seperti berikut:

1.           Kata adjektif sifat / keadaan
  Kata adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi
  menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata     
      nama, seperti contoh berikut:

 Contoh perkataan:     kuat            pintar                   
                                     nakal         sihat
                                          keras       lemah                  
                                          bijak        cergas                  
      Contoh ayat:   1.    Budak nakal selalu kena marah.
                              2.           Dia lemah dalam matematik.
                              3.           Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.
                             4.           Anak Pak Kamar bijak sekali. 
                             5.           Peserta itu berdiri dengan cergas.


2.           Kata adjektif warna
        Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah      perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:
          Contoh perkataan:   jingga   perang    hitam
                                           putih     biru          kelabu
          Contoh ayat: 1.   Adik suka pakai baju hijau.
                                2.   Pakaian pelajar sekolah berwarna putih.
                                3.   Baju kesukaan saya berwarna kuning.
                                4.   Kereta merah itu kepunyaan abang.
                                5.   Dia memiliki mata berwarna biru.


3.           Kata adjektif ukuran
       Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada 
       kata nama ialah      perkataan yang memberi pengertian 
       ukuran, seperti contoh yang          berikut:
          Contoh perkataan:  tebal       gemuk      panjang
                                           nipis       kurus        pendek       
                                            tinggi     rendah     kecil
          Contoh ayat:   1.  Buku tebal itu sudah saya baca.
                               2.    Anaknya masih kecil lagi.
                               3.    Badannya semakin kurus.
                               4.    Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.
                               5.    Pokok itu semakin hari semakin tinggi.


4.           Kata adjektif bentuk
       Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah      perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
          Contoh perkataan:   lurus           bulat      bujur
                                            bengkok    leper      bundar
                                            lonjong      buncit     tajam
          Contoh ayat:   1.  Jalan lurus mudah dilalui.
                                2.   Bentuk buah kelapa itu lonjong.
                                3.   Mukanya bujur sirih.
                                4.   Pinggan leper itu untuk pinggan makan.
                                5.   Matanya tajam memandang ke hadapan.


5.           Kata adjektif waktu
       Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata
      nama ialah perkataan yang memberi pengertian
      konsep masa, seperti contoh yang          berikut:
          Contoh perkataan: kerap        awal       sering
                                         jarang       lewat      silam
                                         baharu     dahulu    lampau
          Contoh ayat: 1.    Kedatangannya lewat hari ini.
                               2.    Dia berada di kampus sehari suntuk.
                               3.    Kenangan silam sukar dilupakan.
                               4.    Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
                               5.    Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal.


6.           Kata adjektif jarak
       Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada 
       kata nama ialah perkataan yang memberi makna 
       konsep ruang seperti contoh yang       berikut:
          Contoh perkataan:        nyaris         dekat
                                                hampir        jauh  
          Contoh ayat: 1.    Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.
                               2.    Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
                               3.    Dia berdiri hampir dengan kereta saya.

Kata nama am dan kata nama khas

gfhfjgjk

Kata nama am

Sinopsis

Saya telah mengajar Bahasa Malaysia selama tiga tahun maka saya berkongsi pengalaman dengan semua orang.

Saturday 23 April 2011

Tuesday 12 April 2011

Tuesday 5 April 2011

Kata nama am dan kata nama khas

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm

http://www.slideshare.net/ajinur3692/pw-nota-kata-nama
 Guru-guru boleh merujuk web tersebut untuk mendapatkan maklumat yang banyak...... tentang kata nama am dan kata nama khas....   Harap boleh bantu guru Bahasa Malaysia......

Tuesday 29 March 2011

Topik 1

Pengenalan kepada Bahasa Malaysia Tahun 2
1. Kata Nama Khas
2. Kata Nama Am