Bahasa Malaysia Tahun 2

SINOPSIS

Tujuan laman web blog ini diwujudkan untuk berkongsi maklumat dengan orang ramai dan berharap membantu guru Bahasa Malaysia.

Tuesday 31 May 2011

Kata Penguat


Kata Penguat
 
1.     Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2.     Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
Paling Agak Sungguh Amat
Terlalu Nian Benar Paling
3.     Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4.     Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
5.     Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
1.     Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2.     Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3.     Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
4.     Kereta api itu sangat laju.
5.     Kereta itu laju sangat.
Kata Penegas
Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.
Contoh
-kah -lah -tah jua
Juga Sahaja Hanya Memang
Lagi pun    
Contoh
1.     Itulah rumah saya.
2.     Pernahkah awak makan sup daging arnab.

No comments:

Post a Comment